fbpx

Leka bersantai atas landasan, 4 maut dirempuh kereta api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - Bisik

JAKARTA – Sebuah klip video tular di media sosial Indonesia memaparkan detik ngeri apabila empat orang maut akibat dirempuh sebuah kereta api, lapor saluran berita Jatim Times semalam. 

Kejadian berlaku di Karawang, wilayah Jawa Barat.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @sahabat_kereta, beberapa orang dilihat sedang ‘berehat’ dan berlegar-legar di tepi landasan. 

Rakaman sama juga menunjukkan seorang kanak-kanak lelaki berdiri di tengah landasan sambil melambaikan tangan ke arah sebuah kereta api lain yang meluncur laju di arah berlawanan. 

Kejadian bertukar ngeri apabila mereka tidak menyedari kedatangan kereta api berbeza di bahagian landasan tempat mereka berdiri sebelum dirempuh. 

“Landasan bukan tempat bermain! Empat orang terkorban selepas dirempuh Kereta Api Fajar Utama Yogya 142 yang melaju sekitar pukul 7.30 pagi (waktu tempatan) pada 22 September lalu,” demikian menurut keterangan video itu. 

Rakaman itu mencatatkan lebih lapan juta tontonan bersama 20,000 tanda suka. 

“Kenapa bermain di landasan? Itu bahaya!” marah seorang netizen. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI