fbpx

Lebih 40,000 pekebun kecil belum daftar Budi Agri-Komoditi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JOHARI (kiri) melihat buah kelapa sawit keluaran MPOB ketika hadir dalam program Turun Padang BUDI Agri Komoditi di Dewan Muafakat Kampung Datuk Abdul Rahman Yassin, Kluang hari ini.

KLUANG – Lebih 40,000 pekebun kecil di Negeri Johor masih belum mendaftar diri untuk mendapatkan bantuan Budi Agri-Komoditi yang secara langsung menyebabkan mereka tidak menerima bayaran sejak diperkenalkan awal tahun ini.

Ini kerana hanya kira-kira 1,000 pekebun kecil yang terlibat dalam aktiviti komoditi seperti kelapa sawit, getah, koko, lada hitam dan kenaf mendaftar untuk mendapatkan bantuan subsidi diesel.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Ghani berkata, sehingga kini hanya 60,000 daripada lebih 100,000 pekebun kecil di seluruh semenanjung sudah mendaftar untuk mendapatkan bantuan subsidi diesel yang disediakan kerajaan.

Katanya, untuk tujuan itu, semua agensi dalam kementerian ini termasuk pemimpin di daerah serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) perlu turun padang membantu semua pekebun kecil ini mendaftarkan diri bagi membolehkan mereka mendapatkan bantuan selayaknya.

“Memang ada pekebun kecil yang tidak mahu mendapatkan bantuan subsidi diesel ini kerana merasakan mereka belum memerlukan untuk berbuat demikian.

” Namun, kita tekankan adalah mereka yang memerlukan bantuan kerana terjejas apabila mempunyai size kebun dan keluasan tanah kecil dimana apabila mereka menghantar hasil berhadapan kos pengangkutan tinggi akibat kenaikan harga diesel,” katanya.

Menurut Johari lagi, Program Budi Agri-Komoditi merupakan salah satu inisiatif di bawah Program Bantuan Subsidi Madani (Budi Madani), yang bertujuan untuk menyasarkan subsidi diesel kepada pekebun kecil dalam sektor agrikomoditi serta petani dan penternak di sektor pertanian.

“Kementerian Perladangan dan Komoditi bertanggungjawab memastikan pekebun kecil sawit, getah, koko, lada, dan kenaf yang berdaftar dengan agensi-agensi di bawah KPK di Semenanjung Malaysia menikmati faedah daripada program ini,”katanya. – KOSMO! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI