fbpx

Khairuddin bukan lagi KP J-Kom

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd Khairuddin

PETALING JAYA – Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom), Mohd Khairuddin Othman mengesahkan beliau telah diarahkan melepaskan jawatan itu berkuat-kuasa serta-merta.

Khairuddin ketika dihubungi Kosmo! bagaimanapun tidak mendedahkan sebab arahan tersebut dikeluarkan.

“Sudah berkuatkuasa. Apa pun, lebih baik kalau dapat tanya sendiri pada Menteri,”jawabnya ringkas.

Terdahulu, pada 1 Mac lalu, Mohd Khairuddin Othman yang juga bekas Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor dilantik ketua pengarah (J-Kom).

Beliau yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras telah menggantikan Datuk Mohammad Agus Yusoff yang sebelum ini bertindak meletakkan jawatan pada 15 November lalu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI