fbpx

Kerajaan luluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera, lahir penjawat awam sihat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA- Kerajaan meluluskan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) sebagai salah satu inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kelulusan itu bagi
menjayakan hasrat kerajaan melahirkan penjawat awam yang mempunyai status kesihatan baik supaya terus berfungsi dengan produktif dalam membangunkan negara Malaysia.

“Pelan Strategik PSS menggariskan pelbagai strategi, inisiatif dan sasaran yang perlu dicapai menjelang 2030.

“Ia bermatlamat menurunkan prevalen faktor risiko kesihatan dalam kalangan penjawat awam di Putrajaya melalui pelaksanaan polisi berkaitan pembudayaan hidup sihat dan persekitaran yang menyokong kesihatan.

“Selain itu, ia juga bagi meningkatkan literasi kesihatan serta amalan budaya hidup sihat di
tempat kerja,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Terdahulu, Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bilangan 2/2024 di Putrajaya hari ini.

Ahmad Zahid berkata, strategi yang digunakan dalam melaksanakan PSS termasuk pengukuhan literasi kesihatan penjawat awam dan persekitaran yang menyokong kesihatan.

“Pemantapan intervensi kesihatan, pembudayaan hidup sihat dan pengukuhan kelestarian persekitaran yang menyokong kesejahteraan kesihatan menjadi antara strategi dilaksanakan.

“Selain itu, ia turut melibatkan pemerkasaan nilai ‘ownership’ dalam kesejahteraan kesihatan melalui pengiktirafan kepada rakan strategik,” katanya.

Antara strategi lain termasuklah peluasan perkhidmatan Wellness on Wheel (WOW) melalui 19 kenderaan akan digerak bersama Ahli Parlimen Malaysia untuk perkhidmatan aktiviti WOW bermula tahun 2025.

Selain itu, beberapa fokus keberhasilan budaya hidup sihat PSS turut diperkenalkan seperti gaya hidup aktif, amalan pemakanan sihat, pemakanan selamat, saringan kesihatan dan lain-lain.

PSS akan dilaksanakan dengan fasa rintis pada 2024 hingga 2025, manakala tinjauan untuk mendapatkan data-data asas diadakan pada tahun 2024 dan seterusnya tinjauan keberkesanan fasa rintis diadakan pada penghujung tahun 2025. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI