fbpx

Jutaan ringgit ‘terbangkan’ Udit Narayan ke Malaysia Disember depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
enganjur konsert Udit Narayan Live in Kuala Lumpur, VVST Digital Creation sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membawa masuk penyanyi legenda itu ke Malaysia. – NURUL NAJWA HASRAN

PETALING JAYA – Penganjur konsert Udit Narayan Live in Kuala Lumpur, VVST Digital Creation sanggup membelanjakan jutaan ringgit untuk membawa masuk penyanyi legenda itu ke Malaysia.

Wakilnya, Gunasegaran Palanisamy, berkata, pihaknya sanggup mengeluarkan kos tinggi demi memberikan hiburan bertaraf antarabangsa buat pencinta lagu Bollywood pada 28 Disember depan.

“Ya tak dinafikan untuk membawa masuk Udit Narayan memang menelan belanja besar tetapi kami yakin impak ditinggalkan berbaloi.

“Kalau boleh kami tidak mahu dedahkan (angka) kerana yakin ramai pasti akan terkejut setelah mengetahui kos sebenar.

“Udit adalah seorang legenda dan kos jutaan ringgit itu termasuk dengan rombongannya sekali,” katanya pada sidang media Konsert Udit Narayan Live In Kuala Lumpur, di sini, petang tadi.

Sementara itu, Pengarah First Pictures Sdn. Bhd, Dzulhilmi Zainol, berkata, biarpun keuntungan tidak besar tetapi demi peminat, pihaknya sanggup membawa masuk penyanyi yang terkenal dengan lagu Kaho Naa Pyaar Hai itu.

Mengenai proses membawa masuk penyanyi itu, Dzulhilmi berkata, pasukannya hanya mengambil masa selama empat bulan menunggu keputusan Udit menjayakan konsert berkenaan.

Akuinya, semua urusan berjalan kerana penghibur berusia 68 tahun itu memang sudah lama mengimpikan kembali mengadakan konsert di sini.

“Kami mula melamar Udit sekitar Oktober tahun lalu. Walaupun beliau satu nama besar dalam industri muzik Bollywood, tapi segala proses berjalan dengan mudah.

“Kami mendapat persetujuan dengan Udit pada April tahun ini. Kalau ikutkan jadualnya sangat padat kerana ada beberapa konsert besar di negara lain, tapi kami berjaya dapatkan persetujuannya,” ujarnya.

Penyanyi lagu filem itu juga bakal membawakan 40 seleksi lagu popularnya dalam konsert yang dijangka berdurasi selama tiga jam.

Penganjur turut memaklumkan bakal mengundang tiga penyanyi Bollywood selain seorang penyanyi tempatan yang bakal diumumkan dalam waktu terdekat.

Tiket Konsert Udit Narayan Live In Kuala Lumpur 2024 sudah mula dijual bermula hari ini pada harga RM148 hingga RM1466. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI