fbpx

Kastam terima 20 anjing pengesan basteras aktiviti seludup dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JKDM - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menerima 20 Anjing Pengesan Dadah (APD) jenis baka Labrador Retriever dari India pada 7 un lalu bagi diserahkan kepada cawangan narkotik di negeri-negeri persempadanan negara.

Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan/Pematuhan), Ribuan Abdullah berkata, penyerahan itu merupakan satu usaha dalam membantu bahagian penguatkuasaan membanteras penyeludupan dadah.

Katanya, kesemua APD bersama penyelia (handler) telah menjalani Latihan Teknik-Teknik Pengendalian, Pengurusan dan Penyesuaian Penyeliaan APD yang dikendalikan oleh Jurulatih Terlatih di Unit K9, Ibu Pejabat JKDM.

“Melalui kedua-dua latihan ini, penyelia (handler) memperolehi kecekapan dan keserasian untuk menjalankan tugas bersama APD,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Ribuan berkata, selain daripada penggunaan teknologi mesin pengimbas terkini, kehadiran APD memiliki deria bau yang sangat sensitif juga berkeupayaan untuk mengesan dadah di lapangan.

“Penggunaan APD ini memfokuskan kepada pengesanan dadah di persempadanan negara termasuk pemilikan dan pengedaran dadah di dalam negara,” ujarnya.

Tambah beliau, kehadiran APD di lapangan juga akan menimbulkan ‘fear factor’ kepada penyeludup dan individu tertentu yang merancang melakukan jenayah penyeludupan serta pengedaran dadah.

“APD kini menjadi elemen penting dalam Program Pengurusan Risiko Global (Global Risk Management Programme) yang dibentuk oleh pentadbiran Kastam.

“Program dadah dan prekursor yang dianjurkan oleh Pertubuhan Kastam Sedunia/ World Customs Organization (WCO) menekan kepentingan peranan APD dalam memastikan keselamatan dan kawalan sempadan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI