fbpx

Jerat pelaburan IPO, pesara rugi RM1.24 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

JOHOR BAHRU – Seorang pesara berputih mata selepas mengalami kerugian lebih RM1.24 juta akibat terpedaya dengan tawaran pelaburan saham Initial Public Offering (IPO) secara dalam talian, Julai lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M. Kumar berkata, mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 70 tahun membuat laporan polis berhubung perkara tersebut, semalam.

Menurut beliau, mangsa tertarik membuat pelaburan pada bulan Julai selepas terlihat iklan tentangnya di laman sosial Facebook Jun lalu, sebelum menghubungi nombor tertera.

“Iklan pelaburan saham itu mendakwa mereka menawarkan pulangan tinggi dengan kadar segera sehingga mangsa berminat untuk membuat pelaburan.

“Setelah diyakinkan, mangsa mula membuat pelaburan dalam jumlah kecil sebelum menerima keuntungan sebagai mana dijanjikan, menyebabkan mangsa percaya pelaburan itu betul.

“Mangsa kemudian membuat beberapa lagi transaksi pembayaran berjumlah RM1,244,202 ke beberapa akaun bank berlainan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Kumar, mangsa hanya menyedari telah ditipu apabila pelaburan yang dibuat tidak menerima pulangan seperti dijanjikan.

“Selain itu, mangsa terus didesak untuk membuat pelaburan baharu. Akibat daripada itu, mangsa telah membuat laporan polis.

“Sehubungan itu, kes ini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” jelasnya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI