fbpx

Graduan PSIS perlu elak terjebak penyelewengan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rozali ketika berucap pada majlis Konvokesyen PSIS ke-18 di Sabak Bernam hari ini. - Foto oleh SADDAM YUSOFF / KOSMO!

SABAK BERNAM – Graduan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) perlu mengekalkan nilai-nilai murni bagi mengelakkan terjebak dalam sebarang isu termasuk penyelewengan apabila menceburi bidang kerjaya.

Pengerusi Jawatankuasa Penasihat PSIS, Tan Sri Dr. Rozali Ismail berkata, masalah moral dan tidak berdisplin serta tidak takut pada undang-undang semakin menjadi -jadi di negara kita.

Justeru, beliau menegaskan sebagai tulang belakang negara pada masa depan amat penting dalam menitikberatkan perkara itu.

“Sebab itu, kita lihat di media massa ramai yang berjaya tetapi tidak berjaya membentuk dan membimbing masyarakat berdasarkan undang-undang dan nilai murni kehidupan yang tinggi.

“Ada mereka yang mempunyai perniagaan besar dan peluang (dalam sesuatu projek atau kerjaya) tetapi banyak berlaku penyelewengan yang semua ini akan memalukan bangsa dan negara,” katanya ketika berucap pada majlis Konvokesyen PSIS ke-18 di sini, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Eksekutif Puncak Niaga Holdings Berhad menjelaskan, Malaysia yang menuju negara maju tidak akan berjaya sekiranya tidak mempunyai tenaga kerja tempatan yang berdedikasi, bermotivasi dan adab sopan berkualiti dalam membantu kejayaan negara.

Tambahnya, kejayaan dalam kehidupan akan diukur daripada pencapaian selepas keluar daripada institut pengajian tinggi atau politeknik termasuk pergaulan dengan masyarakat selain melengkapkan diri dengan pengetahuan dan teknologi.

“Dasar kerajaan memang tepat (lahirkan graduan berkualiti dengan nilai murni) tetapi apabila graduan ini dilanda arus globalisasi dengan didedahkan kepada banyak perkara meracuni fikiran akhirnya ramai tidak dapat meneruskan kejayaan (seperti diharapkan).

“Anda penggerak pembangunan negara pada masa depan. Justeru, saya berharap sepenuhnya, anak-anak saya di depan ini (graduan) mempunyai jati diri tinggi dan akhlak mulia,” ujarnya.

Sementara itu, Pengarah PSIS, Haslinda Abd. Hamid memaklumkan seramai 894 graduan menerima diploma dalam konvokesyen yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Beliau menambah, statistik menunjukkan kadar kebolehpasaran graduan PSIS mencatatkan 97.5 peratus.

“Selain itu, antara pencapaian kita apabila pasukan Roboteam PSIS telah berjaya mengumpul 15 pingat dalam kejohanan Federation of Robot Association atau dikenali FIRA Malaysia Cup pada April lalu.

“Ini membolehkan PSIS menewaskan 27 buah politeknik dan kolej komuniti seluruh negara seterusnya juara bertahan buat lima tahun berturut-turut,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI