fbpx

GISBH: Tekan Pendidikan Islam kepada kanak-kanak diselamatkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina (tiga dari kiri) menyaksikan upacara meletakkan obor pada pelantar sebagai gimik perasmian Hub STEM di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Karang di Kuala Selangor, hari ini.

KUALA SELANGOR – Pendidikan Islam akan turut ditekankan dalam pembelajaran kanak-kanak yang ditempatkan di rumah Kebajikan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH).

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, kementeriannya akan membuat penilaian latar belakang, psikologi, dan pendidikan yang telah diterima kanak-kanak terdahulu sebelum menentukan jenis pendidikan yang akan diberikan kepada mereka.

“Selepas penilaian dibuat secara berfasa, kita akan tentukan sama mereka boleh bersekolah di arus perdana (sekolah kebangsaan) atau membuat satu modul khas pendidikan kepada mereka.

“Selain pendidikan Islam, kita akan lihat semua aspek seperti literasi, numerasi, psikososial dan keseluruhan aspek akademik mereka,” katanya selepas menghadiri program Powering Knowledge STEM Hub di Pusat Kegiatan Guru (PKG) Tanjong Karang, di sini, hari ini.

Sementara itu mengulas mengenai program hari ini, Fadhlina berkata, KPM mengalu-alukan usaha yang dilakukan Petronas melalui Yayasan Petronas bagi memperkasakan mata pelajaran Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).

“Ini adalah sinergi penting (kerjasama antara KPM dengan Yayasan Petronas) bagi hala tuju dan agenda transformasi pendidikan STEM.

“PKG Tanjong Karang sangat bertuah kerana mendapat manfaat yang besar daripada Hub STEM ini untuk digunakan oleh guru dan murid sekolah sekitar daerah ini,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI