fbpx

Faktor kepenatan tak jejaskan JDT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BERGSON (dua dari kiri) berada dalam kelas tersendiri apabila meledak hatrik membelasah KDN 6-1 pada aksi Liga Super kelmarin. - RAJA JAAFAR ALI

TEMPOH rehat singkat selepas aksi pembukaan Liga Juara-juara Asia Elit (ACLE) di China pada Rabu lalu tidak menjejaskan prestasi Johor Darul Ta’zim (JDT) yang mudah meratah Kelantan Darul Naim (KDN) FC 6-1 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim kelmarin.

Ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio berkata, tahap intensiti serta komitmen pemain di atas padang langsung tidak menunjukkan kemerosotan walaupun melalui tempoh penerbangan panjang kira-kira lima jam dari Shanghai ke Johor Bahru.

Justeru, tidak timbul isu kepenatan setelah pemain memberikan aksi bertenaga melakukan serangan demi serangan bagi meruntuhkan tembok yang cuba dibina skuad Kijang Emas dalam aksi tersebut.

“Saya lihat ia tidak menjejaskan mutu permainan JDT walaupun sedikit bergelut untuk mendapat gol pembukaan setelah pasukan lawan berkampung di kawasan sendiri, jadi tidak timbul isu kepenatan.

“Mereka tetap komited memikul tanggungjawab diberikan di atas padang, hasilnya berjaya memecahkan benteng lawan dan menggandakan jaringan dalam tempoh yang pendek pada hujung babak pertama,” katanya.

Enam gol JDT dalam aksi itu diperoleh menerusi ledakan hatrik Bergson Da Silva selain dua gol daripada Arif Aiman Hanapi serta jaringan sendiri pemain KDN, Umeir Aznan.

Di soal mengenai keadaan Syahmi Safari yang mengalami kecederaan ketika aksi menentang Penang pada 12 September lalu, Bidoglio mengesahkan pemain pertahanan itu perlu menjalani rawatan lanjut di Sepanyol.

“Kecederaan di bahagian ligamen dialami agak teruk, mungkin dia terpaksa melalui tempoh rehat yang panjang. Saya harap Syahmi akan pulih semula segera dan kembali menjalani latihan bersama pasukan,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI