fbpx

Dua bekas pengasuh taska didakwa aniaya bayi asuhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Zaharah (dua dari kanan) dan Nuraihan (tiga dari kanan) didakwa mengianiya seorang bayi setahun di Mahkamah Sesyen Besut hari ini.

BESUT – Dua wanita yang juga bekas pengasuh sebuah taska di Kampung Raja di sini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pendakwaan menganiaya seorang bayi perempuan di bawah jagaan mereka pada awal bulan ini.

Kedua-dua tertuduh, Wan Zaharah Wan Mahmud, 50, dan Nuraihan Rozelan, 26, membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Fadhli Mahmud.

Berdasarkan pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama menyebabkan kecederaan fizikal terhadap mangsa sehingga menyebabkan bayi berusia setahun itu cedera pada bahagian lengan kanannya.

Perbuatan itu didakwa dilakukan Wan Zaharah dan Nuraihan di sebuah taska di Kampung Raja di sini pada pukul 9.45 pagi, 5 September lalu.

Kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun atau denda maksimum RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Mereka juga berhadapan hukuman bon berkelakuan baik dan menjalani khidmat masyarakat jika sabit kesalahan.

Kosmo! 8 September lalu melaporkan kedua-dua tertuduh diberkas polis berikutan penularan satu klip video berusia 25 saat yang memaparkan insiden tersebut di media sosial.

Berdasarkan klip video tersebut, bayi terbabit yang sedang menangis didakwa telah ditarik secara kasar dari arah belakang sehingga terjatuh terlentang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI