fbpx

Da’i Syed ada pembelaan bermerit tangguh hukuman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Da'i Syed bersama isteri, Hana Ismail dan Abu Bakar ( kanan sekali) selepas prosiding di Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini. -Foto oleh AFIQ RAZALI / KOSMO!

SHAH ALAM – Pasukan pembelaan pendakwah selebriti, Da’i Syed menyatakan mempunyai rayuan pembelaan bermerit dalam penangguhan hukuman terhadap anak guamnya.

Peguam Datuk Abu Bakar Isa Rahmat berkata, perkara itu menjadi alasan dipertimbangkan mahkamah yang seterusnya membenarkan penangguhan tersebut.

Bagaimanapun, beliau enggan memperincikan secara jelas berhubung perkara itu.

“Saya tak boleh bercakap tentang fakta kes, saya minta maaf. Sebab ia sangat sensitif, tetapi apa yang saya boleh katakan, ketika kita memohon penangguhan pelaksanaan salah satu alasan kita, kita mempunyai rayuan pembelaan yang bermerit.

“Kita adalah peguam yang baru dilantik, kita pun hendak kenal pasti alasan penghakiman.

“Jadi, alasan penghakiman pun dalam proses Mahkamah Sesyen sedang siapkan, jadi bila kita dapat alasan itu, kita akan failkan petisyen ke Mahkamah Tinggi,” katanya ketika ditemui selepas prosiding pengurusan kes rayuan di Mahkamah Tinggi, hari ini.

Terdahulu, Penolong Kanan Pendaftar, Nadia Othman menetapkan 5 Oktober depan bagi sebutan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Sesyen terhadap kesalahan merogol dihadapi oleh pendakwah selebriti Da’i Syed.

Pada 30 Ogos lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Norazlin Othman menjatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan terhadap Da’i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed selepas didapati bersalah atas pertuduhan merogol seorang wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di sebuah kondominium di Seksyen 7 di sini, lima tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Abu Bakar menjelaskan permohonan penangguhan pelaksanaan adalah prosedur biasa dibuat pemohon apabila keputusan kes dirayu di peringkat yang lebih tinggi sehingga keputusan baharu diperolehi.

“Kadang-kadang netizen mengatakan keadilan untuk orang kaya, itu tidak benar sebab contohnya anak guam saya di penjara 21 hari.

“Kalau kita tidak mendapatkan penangguhan pelaksanaan, pada tahun hadapan katakan bulan Jun kes di dengar di Mahkamah Tinggi dan katakan anak guam saya tidak bersalah, apa akan berlaku dalam tempoh pemenjaraan?

“Jadi, undang-undang di Malaysia sangat jelas mana-mana keputusan mahkamah yang dibuat, kita boleh memohon untuk membuat penangguhan pelaksanaan,” ujarnya.

Dalam pada itu, berdasarkan notis rayuan yang difailkan oleh Da’i Syed melalui peguamnya pada 30 Ogos lalu menerangkan rayuan dibuat kerana tidak berpuas hati terhadap keputusan diberikan oleh Norazlin.

Rayuan ini adalah terhadap keseluruhan keputusan iaitu terhadap sabitan dan hukuman. Perayu memohon sesalinan nota keterangan bertaip yang dicatatkan oleh Hakim Mahkamah Sesyen.

Kosmo! pada 20 September lalu melaporkan selepas 21 hari berada dalam penjara menjalani hukuman atas pertuduhan merogol seorang wanita, pendakwah selebriti, Da’i Syed dilepaskan sementara oleh Mahkamah Tinggi di sini.

Hakim Datuk Aslam Zainuddin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff yang mewakili Da’i Syed selaku pemohon untuk menggantung pelaksanaan hukuman sehingga rayuannya di didengar dan diputuskan di Mahkamah Tinggi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI