fbpx

Belanjawan Selangor 2025 dibentang pertengahan November

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Amirudin ketika berucap merasmikan program itu di SCCC, Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM – Kerajaan negeri akan membentangkan Belanjawan Selangor 2025 pada pertengahan November depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sesi belanjawan tahunan itu sepatutnya dijadualkan berlangsung pada 8 November ini.

Namun, jelas beliau, tarikh itu dianjakkan berikutan kebanyakkan pegawai agensi kerajaan negeri perlu menghadiri satu forum khas di Mesir.

“Perbincangan lanjut mengenai perkara itu telah dijalankan dan kita telah bersiap sedia bagi pembentangan berkenaan.

“Insya-Allah sesi belanjawan akan dibuat pada minggu kedua atau ketiga November nanti,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan sesi dialog Belanjawan Selangor 2025 di Pusat Konvensyen Setia City (SCCC) di sini, hari ini.

Menurut Amirudin, kedudukan ekonomi yang kini rancak diyakini menjadi daya bantu kepada kerajaan negeri untuk menghadapi tahun 2025.

“Selain itu, kita mahu mengimbangkan semua kerancakkan pembangunan dengan pelbagai program kebajikan yang akan terus diperkasakan.

“Fokus perbincangan iaitu kemungkinan kita berdepan bencana atau krisis dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi menjadi paksi kehidupan pintar rakyat,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI