fbpx

Beirut jadi sasaran, ratusan rakyat Lebanon lari ke Syria

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai duduk di belakang trak ketika tiba di bandar pantai Naameh, selatan Beirut hari ini. - AFP

BEIRUT – Sumber keselamatan Lebanon berkata bahawa serangan Israel dilancarkan ke arah kubu kuat Hizbollah di selatan Beirut hari ini, manakala tentera Rejim Zionis mengesahkan perkara itu.

“Serangan Israel menyasarkan dua aras di sebuah bangunan kediaman di kawasan Ghobeiri,” kata sumber tersebut yang meminta namanya dirahsiakan.

Tentera Rejim Zionis bagaimanapun tidak segera memberikan butiran lanjut.

“Tentera (Israel) melakukan serangan yang disasarkan di Beirut. Butiran lanjut akan menyusul,” katanya.

Kira-kira 500 orang menyeberangi sempadan Lebanon ke Syria yang juga dilanda perang, kata seorang pegawai keselamatan Syria kepada AFP hari ini.

Mereka melarikan diri dari pengeboman tentera Rejim Zionis paling membawa maut sejak Hizbollah dan Israel terlibat dalam peperangan dahsyat pada 2006.

Sementara itu, kira-kira 500 orang menyeberangi sempadan melalui persimpangan Qusayr dan Dabousiya antara pukul 4 petang (waktu tempatan) hingga tengah malam semalam, kata seorang pegawai keselamatan kepada AFP.

“Kenderaan masih melintas pada awal pagi, dengan orang ramai menuju ke rumah rakan dan kenalan di kawasan luar bandar Homs dan di bandar Homs,” katanya.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pula berkata, berpuluh-puluh ribu orang meninggalkan rumah mereka di Lebanon ketika serangan Israel menyasarkan negara itu.

“Kami amat bimbang tentang peningkatan serius dalam serangan yang kami lihat semalam,” kata jurucakap agensi pelarian PBB, Matthew Saltmarsh kepada pemberita di Geneva.

“Puluhan ribu orang telah dipaksa keluar dari rumah mereka semalam dan semalaman, manakala bilangannya terus meningkat,” katanya.

Serangan udara askar Israel membunuh sekurang-kurangnya 558 orang setakat ini termasuk 50 kanak-kanak dan 94 wanita, demikian menurut Kementerian Kesihatan Lebanon.

Sekurang-kurangnya empat kakitangan kesihatan terbunuh dan 16 paramedik cedera, ujar  Pertubuhan Kesihatan Sedunia. – AFP 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI