fbpx

Banjir Kedah: Jumlah mangsa menurun kecuali Pendang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk membersihkan pinggan mangkuk yang ditenggelami banjir di Kampung Suka Menanti, Alor Setar semalam. - Foto oleh SHAHIR NOORDIN / KOSMO!

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah semakin menurun kepada 6,654 orang daripada 2,133 keluarga sehingga pukul 9 pagi ini.

Bilangan itu menurun berbanding 7,525 orang daripada 2,442 keluarga pada pukul 3.30 petang semalam.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), sebanyak 33 pusat pemindahan sementara (PPS) yang masih dibuka di empat daerah iaitu Kota Setar, Pendang, Kubang Pasu dan Pokok Sena.

Tiga daerah mencatatkan penurunan iaitu Kota Setar 4,640 berbanding 5,212 orang,
Kubang Pasu 341 berbanding 621 orang dan Pokok Sena 67 berbanding 88 orang.

Hanya Pendang merekodkan sedikit peningkatan iaitu 1,606 berbanding 1,604 orang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI