fbpx

“Atuk dah nak pencen, tak berkudis pun badan saya”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Chef Wan berbangga dengan pencapaian yang digapai Khairul Aming sehingga mendapat kunjungan Perdana Menteri New Zealand, baru-baru ini.

PETALING JAYA – Dibandingkan dengan pempengaruh Khairul Aming, cef selebriti Datuk Redzuawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Chef Wan kurang senang dengan tindakan tersebut.

Chef Wan, 66, memaklumkan tiada keperluan membandingkannya dengan selebriti media sosial terbabit kerana mereka datang dari latar belakang berbeza.

“Buat apa kita nak banding-bandingkan pengalaman dan pencapaian masing-masing. Buang masa!

“Kenapa nak banding sedangkan kami mempunyai kerjaya dan pengalaman yang berbeza, jadi untuk apa segala perbandingan?,” katanya menerusi Instagram.

Dalam masa sama, personaliti masakan tersohor  itu tidak tersinggung sekiranya pencapaiannya dipandang sepi selain menikmati kehidupan sekarang.

“Selepas 34 tahun kerjaya saya di televisyen dan sumbangan saya kepada negara, jika mereka tak nampak pun, tak berkudis badan saya.

“Ingat, kita semua ada momen sediri dalam kehidupan, saya pula sudah jauh perjalanan hidup dan luas pandangan.

“Atuk dah pencen nak! Saya selesa dengan keadaan saya dan nikmati hari pencen saya,” jelasnya lagi.

Pada masa sama, Chef Wan juga mengakui berbangga dengan kejayaan Khairul Aming yang mengharumkan nama negara, baru-baru ini.

“Jika orang berjaya, kita iringi dengan doa yang baik-baik untuk mereka.

“Dia juga menjadi sumber inspirasi dan kebanggaan buat saya dan seluruh rakyat Malaysia,” ujarnya.

Sebelum ini, ada pihak membanding-bandingkan pencapaian dan kemampuan memasak Chef Wan dan Khairul selepas pempengaruh itu menerima kunjungan Perdana Menteri New Zealand, Christopher Luxon. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI