fbpx

Anak sulung Ahmad Dhani lamar kekasih di Lake Como

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ENAM tahun menyulam cinta, anak sulung penyanyi Ahmad Dhani, Al Ghazali melamar kekasihnya juga pelakon, Alyssa Daguise pada 21 September lalu.

Memilih destinasi romantis iaitu Lake Como, Italy, anggota kumpulan Lucky Laki itu melutut sebelum menyuakan kotak cincin kepada wanita berusia 26 tahun itu.

“Kepada Alyssa Paramitha Daguisé, terima kasih atas segala yang kau ada. Mencintaimu adalah satu kelebihan.

“Dan dicintaimu adalah satu anugerah. Denganmu disisiku, aku adalah lelaki paling bahagia di dunia.

“Mulai hari ini, aku berjanji untuk memberikan segalanya kepadamu dan lebih lagi, buat selamanya,” katanya menerusi hantaran dalam Instagram.

Hubungan Al Ghazali, 27, dan Alyssa yang berdarah campuran Indonesia-Perancis mendapat restu kedua-dua keluarga termasuk ibunya, Maia Estianty.

Pasangan ini menjalin cinta sejak 2016 tetapi pernah memilih haluan sendiri sekitar dua tahun lalu, namun hubungan mereka terjalin semula sekali gus mendorong Al Ghazali atau nama lengkapnya Ahmad Al Ghazali Köhler membuat lamaran.

Alyssa yang juga anak kedua daripada tiga bersaudara pernah mengambil jurusan pergigian namun menukar pengajian kepada bidang fesyen di sebuah universiti di Paris dan mendapat ijazah pada tahun 2021.

Bermula sebagai model bagi jenama antarabangsa termasuk
Louis Vuitton, Dior, Hermès dan Bvlgari, Alyssa terjun ke arena lakonan menerusi filem Pelukis Hantu disusuli 200 Pounds Beauty dan Catatan Si Boy.

Menerusi ruangan komen, ramai rakan selebriti mengucapkan tahniah termasuk artis Malaysia seperti Nur Fazura dan Mimi Lana. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI