fbpx

Amitabh Bachchan nyaris muflis, pajak rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMITABH BACHCHAN

MEMILIKI kekayaan luar biasa hasil kejayaan dalam arena seni sejak lima dekad lalu, hakikatnya pelakon legenda Amitabh Bachchan pernah ‘tersungkur’ pada tahun pertama menerbitkan filem sendiri.

Sanggup memajakkan satu-satu kediamannya di Juhu, India ketika itu, banglo tempat keluarganya berlindung hampir dilelong bank selepas filem terbitan syarikatnya tidak mendapat pulangan.

Perkara itu dikongsikan rakan seperjuangannya, Rajinikanth yang mengimbas detik sukar dilalui aktor tersebut sehingga seluruh Bollywood didakwa mentertawakannya.

Namun, kata bintang popular terbabit, Amitabh atau Big B bangkit semula hanya dalam tempoh tiga tahun. Bahkan, kini pada usia 82 tahun masih mampu bekerja 10 jam sehari.

Kata Rajinikanth, semangat juang Amitabh wajar dijadikan contoh kepada penggiat seni lain agar jangan mudah menyerah kalah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI