fbpx

‘Aluminium foil’ boleh jejas fungsi otak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aluminium foil - GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Penggunaan aluminium foil (pembalut aluminium) terutamanya dalam masakan mendatangkan pelbagai penyakit kepada manusia termasuk berkaitan otak.

Berkongsi keburukan bahan tersebut, pakar perubatan, Prof. Datuk Dr. Noordin Darus berkata, aluminium tersebut akan memasuki badan apabila ia dipanaskan.

“Lagi panas ia (aluminium foil) lagi banyak elemen atau molekul bahan itu masuk ke dalam makanan dan ia amat berbahaya.

“Apabila kita bakar aluminium ini dan dalam keadaan panas, ia boleh meningkatkan sehingga 40 kali ganda aluminium menyerap masuk ke dalam bahan-bahan makanan,” katanya dalam satu klip video di media sosial.

Bagaimanapun kata Noordin, jika penggunaannya hanyalah untuk membalut atau menggunakan secara sejuk ia kurang berbahaya kepada makanan dan juga kesihatan tubuh badan.

Tambah beliau, periuk yang diperbuat daripada aluminium juga mempunyai risiko kepada makanan dan kesihatan manusia.

“Periuk atau ‘cookware’ yang ada base (bahan) aluminium juga perlu kita nyahkan (buang). Hati-hati kerana aluminium bahaya kepada otak kita,” nasihatnya.

Sementera itu, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), tubuh badan manusia boleh menyingkirkan sejumlah kecil aluminium dengan berkesan pada kadar 40mg per kilogram berat badan setiap hari.

Malah, pengambilan aluminium yang tinggi juga dipercayai mungkin boleh mengganggu pertumbuhan sel manusia dan membahayakan pesakit bermasalah tulang dan buah pinggang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI