fbpx

4,911 tentera, polis serta ahli keluarga keluar mengundi awal hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG anggota tentera sambil mendukung anaknya memasukkan kertas undi kedalam peti undi sempena Hari Pengundian Awal bagi PRK N.29 Dun Mahkota di Dewan Mahkota, Kem Mahkota, Kluang hari ini.-Foto oleh RAJA JAAFAR ALI / KOSMO!

KLUANG – Seramai 4,911 anggota tentera dan pasukan polis serta ahli keluarga mereka akan keluar mengundi awal bagi memilih calon wakil rakyat dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.

Tiga pusat mengundi awal membabitkan 11 saluran mengundi akan dibuka seawal pukul 8 pagi dan dijangka ditutup kira-kira pukul 5 petang.

Tiga pusat undi awal dijadualkan dibuka ialah Dewan Pengaman Zamrud, Taman Perumahan Polis Ibu Pejabat Polis daerah (IPD) Kluang membabitkan 401 pengundi; Dewan Mahkota, Kem Mahkota (3,865 pengundi) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Sir Ibrahim (645 pengundi).

Pertembungan merebut kerusi DUN Mahkota menyaksikan satu lawan satu antara Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

BN diwakili Syed Hussien Syed Abdullah, 40, manakala PN meletakkan taruhan Mohamad Haizan Jaafar, 61, calon mereka.

PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 63, yang meninggal dunia pada 2 Ogos lalu ketika dirawat di Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI