fbpx

20 tahun bergelar doktor palsu besarkan alat sulit lelaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan suspek (kiri) ditahan di tempat dia menjalankan rawatan pembesaran kemaluan di Samut Sakhon pada Khamis lalu. - Wassayos Ngamkham

BANGKOK – Seorang lelaki di Thailand ditahan kerana melakukan prosedur pembesaran alat sulit lelaki tanpa lesen perubatan yang sah selama 20 tahun, lapor portal berita Oddity Central semalam. 

Kittikorn Songsri, 36, ditahan di sebuah rumah di daerah Krathum Baen, wilayah Samut Sakhon pada minggu lalu. 

Meskipun tidak memiliki lesen perubatan, suspek mengaku mengiklankan perkhidmatannya melalui media sosial dan mengendalikan dua hingga tiga pesakit setiap bulan. 

“Saya belajar melakukan implan sejak berusia 14 tahun dan menamatkan pengajian pada Mathayom Suksa 3 (darjah 9),” katanya kepada polis. 

Menurut polis tempatan, salah seorang pelanggan membuat laporan selepas mengalami jangkitan kuman setelah mengambil suntikan silikon.

“Semasa disoal siasat, suspek memberitahu bahawa dia telah menyediakan perkhidmatan itu sejak 20 tahun lalu dan mengenakan bayaran antara 5,000 baht (RM630) hingga 20,000 baht (RM2,500) bagi setiap prosedur.

Kittikorn didakwa atas kesalahan menjalankan operasi klinik perubatan tanpa kebenaran dan menyediakan perkhidmatan perubatan tanpa lesen. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI