fbpx

Zulhelmy dilantik Panglima Tentera Laut baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohamed Khaled (tengah), Mohammad (kiri) serta Zulhelmy (kanan) pada Majlis Pemakaian Pangkat Panglima Tentera Laut ke-19, hari ini.

PETALING JAYA – Datuk Zulhelmy Ithnain dinaikkan ke pangkat Laksamana dan dilantik sebagai Panglima Tentera Laut Ke-19.

Pelantikan itu bagi menggantikan Laksamana Tan Sri Abdul Rahman Ayob yang bakal bersara pada 2 Disember depan.

Majlis pemakaian pangkat Panglima Tentera Laut tersebut disempurnakan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di Auditorium Wisma Pertahanan, hari ini.

Upacara itu turut disaksikan oleh Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Datuk Seri Mohammad Ab. Rahman.

Untuk rekod, Zulhelmy dilahirkan pada 2 Jan 1968 di Dato’ Keramat, Kuala Lumpur.

Beliau telah menerima pendidikan menengah di Maktab Tentera Diraja dan memulakan karier dalam Tentera Laut Diraja (TLDM) pada 1986.

Kerjaya beliau sebagai seorang Submariner bermula pada 1993 apabila memperolehi lencana kepakaran kapal selam setelah menamatkan latihan kapal selam di HMAS Platypus, Australia.

Selain itu, Zulhelmy juga telah menamatkan Kursus Kapal Selam di Brest, Perancis dan dianugerahkan Sijil Kelayakan Pegawai Memerintah Kapal Selam jenis Agosta.

Beliau turut berjaya membawa pulang Kapal Selam Pertama Malaysia KD Tunku Abdul Rahman dari Perancis yang mengambil masa 2 bulan.

Antara jawatan penting yang pernah disandang beliau ladalah Panglima Angkatan Kapal Selam, Asisten Ketua Staf Pembangunan (J5) Markas Angkatan Bersama dan Asisten Ketua Staf Perancangan dan Pembangunan Markas Tentera Laut.-  KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI