fbpx

Warga Myanmar didenda RM10,000 mengaku ‘suap’ polis RM500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kyaw Moe ketika tiba di Mahkamah Sesyen Butterworth di, hari ini. Foto oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN/KOSMO!

SEBERANG PERAI – Seorang pekerja warga Myanmar didenda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen Butterworth, di sini hari ini atas pertuduhan memberi rasuah berjumlah RM500 kepada seorang anggota polis bantuan, dua minggu lalu.

Tertuduh, Win Kyaw Moe,53, mengaku bersalah selepas pertuduhan pilihan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Zulhazmi Abdullah.

Mengikut pertuduhan, Kyaw Moe didakwa memberikan suapan berjumlah RM500 kepada seorang anggota Polis Bantuan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

Suapan itu bertujuan sebagai balasan supaya anggota polis berpangkat Konstabel itu memberi kebenaran masuk kepada empat orang pekerja kontrak di bawah seliaan tertuduh di tapak kerja Loji Guillemard milik PBAPP.

Ia susulan pekerja terbabit melakukan kesalahan di bawah Seksyen 468 iaitu memalsukan kad pendaftaran personel binaan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) yang dikemukakan untuk memasuki tapak kerja terbabit adalah palsu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Maybank Wisma Jelutong, Daerah Timur Laut kira-kira pukul 10 pagi pada 13 September lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan (Akta 574) yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Berdasarkan fakta kes, tertuduh turut menghubungi anggota polis itu serta menghantar nota suara meminta nombor akaun bank bagi tujuan memasukkan wang walaupun sudah diingatkan berkali-kali bahawa perbuatan itu salah di sisi undang-undang.

Tertuduh menawarkan wang suapan bulanan berjumlah RM500 selama setahun.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Noor Azura Zulkiflee yang memohon hukuman setimpal dikenakan susulan ia merupakan kesalahan serius.

Walau bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Soffian Azmir memohon hukuman ringan dikenakan dengan memberi alasan tertuduh tidak memiliki pendapatan tetap dan perlu menyara seorang isteri serta anak berusia 11 tahun.

Mahkamah turut memerintahkan, tertuduh dipenjara selama empat bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut. Bagaimanapun, tertuduh telahpun membayar denda tersebut. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI