fbpx

Tuntutan palsu: Pensyarah akan kemuka representasi gugur pertuduhan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Pensyarah Institut Patologi, Perubatan Makmal dan Forensik, UiTM Kampus Sungai Buloh, Prof. Datin Dr. Hapizah Nawawi, akan mengemukakan representasi berhubung pertuduhan butir matan palsu dihadapinya.

Peguam Shamsul Sulaiman yang mewakili Hapizah berkata, representasi tersebut akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

“Pihak kami akan mengemukakan representasi dan memohon penangguhan pengurusan kes selama dua bulan bagi mendapatkan keputusan representasi,” katanya pada pengurusan kes itu di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Awang Kerisnada Awang Mahmud.

Semasa prosiding pendakwaan diwakili pegawai pendakwa Mohd. Aliff Shaharuzaman.

Sejurus selepas prosiding, ketika ditanya mengenai representasi yang akan dikemukakan, peguam itu berkata ia
adalah untuk menggugurkan pertuduhan.

Pada 31 Julai lalu, Hapizah, 64, didakwa 18 pertuduhan bersubahat dengan seorang wanita berusia 28 tahun untuk memperdaya empat pegawai Bendahari Universiti Teknologi Mara (UiTM) menggunakan dokumen yang mengandungi tuntutan palsu bagi bayaran gaji pembantu penyelidik.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI