fbpx

Tiga maut, dua cedera kemalangan di Lipis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANGGOTA bomba memberikan rawatan awal kepada mangsa yang terlibat dalam kejadian kemalangan di Jalan Merapoh-Lipis di Lipis hari ini.

LIPIS – Tiga lelaki yang sedang membaiki sebuah lori treler yang rosak di tepi jalan maut selepas dilanggar sebuah trak pikap di Jalan Merapoh-Lipis awal pagi tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lipis, Haslizan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan pada pukul 2.44 pagi sebelum sembilan anggota bersama dua jentera bomba bergegas ke tempat kejadian.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian yang terletak kira-kira 82 kilometer dari BBP Lipis, komander operasi melaporkan terdapat kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Hilux merempuh tiga lelaki dewasa yang sedang membaiki sebuah lori treler yang rosak.

“Tiga mangsa yang sedang membaiki treler rosak itu meninggal dunia manakala dua lelaki dewasa cedera,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu dan seorang penumpang kenderaan trak pikap berkenaan dilaporkan selamat

Beliau berkata, kesemua mangsa telah berjaya dikeluarkan dengan bantuan orang awam.

Katanya, mangsa yang cedera diberikan rawatan awal dan diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM).

“mangsa yang meninggal dunia pula diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,”ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI