fbpx

Terengganu, Johor, Kelantan hujan lebat petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di tujuh buah negeri pada petang ini.

MetMalaysia dalam satu hantaran memaklumkan, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kecang yang diramal berlaku hingga 5 petang nanti.

Amaran itu dikenakan di seluruh negeri Terengganu dan Johor serta beberapa daerah di Perak, Kelantan, Pahang, Sarawak dan Sabah.

“Hujan lebat dan ribut petir dijangka berlaku di daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar, Perak hingga petang nanti.

“Selain itu, keadaan sama dijangka berlaku di Kelantan iaitu melibatkan daerah Jeli, Machang, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Gua Musang,” katanya di sini hari ini.

Sementara itu, amaran ribut turut dikeluarkan bagi daerah Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang.

“Di Sarawak pula amaran dikeluarkan bagi daerah Miri (Subis, Beluru, Miri dan Marudi) dan Limbang.

“Selain itu, hujan lebat juga dijangka melanda Sabah melibatkan daerah Pedalaman (Sipitang) dan Pantai Barat (Tuaran dan Kota Belud),” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI