fbpx

Tanah mendap di Jalan Sultan Ismail akibat paip pecah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pihak Air Selangor sedang melakukan kerja-kerja baik pulih di lokasi kejadian.

PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan kejadian tanah mendap dan kerosakan jalan di Jalan Sultan Ismail berpunca daripada paip pecah.

DBKL dalam kenyataan berkata, berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan mendapati terdapat paip Air Selangor yang telah pecah dan menyebabkan kerosakan pada permukaan jalan.

“Kerja-kerja baik pulih sedang giat dijalankan oleh pihak Air Selangor,” katanya sebentar tadi.

DBKL berkata, kerja-kerja baik pulih jalan yang tidak rata akibat tekanan daripada air akan bermula pada pukul 8 malam dan dijangka siap sepenuhnya pada pukul 5 pagi esok.

Terdahulu, tular satu klip video memaparkan kerosakan jalan raya dipercayai tanah mendap berhampiran Bukit Bintang. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI