fbpx

RTM, boleh tolong siar ‘live’ bahas Ahmad Maslan 41 tahun lepas?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar lama yang dikongsikan Ahmad di Facebooknya.

PETALING JAYA – “Kisah lama 1983, Tingkatkan 5 Sains, Sekolah Menengah Sains Johor, Kluang. Bahas Piala Perdana Menteri antara sekolah-sekolah berasrama penuh seluruh negara.”

Itu perkongsian ringkas Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan yang mengimbau kenangan menyertai pertandingan bahas ketika zaman persekolahannya, 41 tahun lalu.

Beliau turut memaklumkan, sesi berkenaan telah disiarkan secara langsung di saluran TV1, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Saya pembahas pertama lawan Kolej Islam Klang (KIK). Pembahas pertama KIK, Naib Presiden Pas, Datuk Idris Ahmad,” tambahnya.

Ada dalam kalangan orang ramai ‘menggesa’ supaya RTM menyiarkan semula pertandingan tersebut di televisyen selain mengucapkan tahniah kerana beliau berjaya mencapai cita-cita sebagai pemimpin.

“Boleh minta RTM cari balik siaran tu dan siarkan di TV6,” ujar seorang pengguna.

“Alhamdulillah, tercapai cita-cita. Tuan seorang pemimpin yang baik. Semoga Allah terus merahmati dan memberkati,” komen seorang lagi pengguna.

“Cita-cita sebagai pemimpin. Hari ini jadi kenyataan,” kata Mohd Ikhwan Hakeem. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI