fbpx

Polis Tawau tumpaskan Geng Ali Baba dalang pecah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis merampas beberapa barangan daripada Geng Ali Baba.

TAWAU – Polis menumpaskan kumpulan pecah rumah dikenali sebagai ‘Geng Ali Baba’ selepas menahan tiga suspek yang dipercayai dalang jenayah berkenaan di daerah Tawau.

Tiga suspek termasuk seorang warga asing berusia lingkungan 20 hingga 60 ditahan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau dalam beberapa siri serbuan pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, terdahulu pihaknya menerima laporan daripada mangsa seorang penjawat awam mendapati rumah kebunnya di Jalan Garson Spur Apas Balung dipecah masuk dan beberapa peralatan hilang dipercayai dicuri.

Katanya, mangsa kemudian tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Indah dan bertindak atas maklumat, pasukan operasi digerakkan bagi mengesan ‘Geng Ali Baba’ yang disyaki terbabit dengan kes pecah rumah berkenaan.

“Serbuan pertama dijalankan di sebuah rumah di Kampung Inderasabah, pasukan operasi berjaya menahan seorang suspek warga tempatan dan merampas pembesar suara.

“Susulan itu, suspek memandu arah pasukan operasi ke sebuah rumah tidak bernombor di kampung yang sama dan menahan seorang lelaki warga asing serta merampas lebih banyak barang dipercayai barang kes pecah rumah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Jasmin berkata, pasukan operasi kemudian melakukan serbuan ketiga di Kampung Wakuba dan menahan suspek ketiga iaitu seorang lelaki warga tempatan.

“Polis turut merampas sebuah amplifier dan sebuah komputer riba. Semua suspek dan barang rampasan dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI