fbpx

Pesakit tonton filem kegemaran ketika otak dibedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANANTHALAKSHMI menonton filem kegemaran ketika otaknya dibedah. - Foto X/@sudhakarudumula

NEW DELHI – Seorang pesakit di India menonton filem kegemarannya sambil memegang sebuah peranti ketika menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan pada otak, lapor akhbar Hindustan Times .

A. Ananthalakshmi, 55, menjalani pembedahan untuk membuang tumor itu di Hospital Besar Kerajaan Kakinada.

Dia sebelum ini mengalami simptom seperti kebas anggota badan dan sakit kepala yang berulang.

Doktor kemudian menemui tumor pada bahagian kiri otak pesakit dan dia perlu menjalani pembedahan segera.

Disebabkan kos tinggi hospital swasta, Ananthalakshmi memilih menjalani hospital kerajaan di mana doktor mencadangkan teknik inovatif pembedahan ketika pesakit terjaga.

Semasa pembedahan itu, pesakit kekal sedar. Keadaan itu membolehkan doktor-doktor memantau fungsi neurologi semasa membuang tumor.

Bagi membantunya kekal tenang dan fokus sepanjang pembedahan, doktor membenarkan pesakit tersebut menonton filem kegemarannya, Adhurs.

Rakaman pembedahan itu dikongsi oleh pengguna platform X, Sudhakar Udumula. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI