fbpx

Pendahulu MotoGP kecewa kalah cara ‘kotor’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARTIN berang dengan tindakan agresif Bastianini yang menyebabkan dia meraih tempat kedua GP Emilia Romagna. - AFP

MISANO, ITALI – Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin kecewa apabila gagal meraih kemenangan Grand Prix (GP) Emilia Romagna selepas disekat gerakan agresif pelumba Ducati, Enea Bastianini pada pusingan terakhir perlumbaan.

Dalam aksi penuh dramatik di Litar Misano, Martin yang sedang mendahului perlumbaan dilihat mampu mencipta kemenangan tetapi terpaksa membuka laluan selepas Bastianini melakukan potongan agresif di selekoh keempat hingga berlaku pelanggaran.

Aksi agresif Bastianini itu menyebabkan Martin terkeluar dari litar hingga kehilangan kedudukan pertama dan terpaksa menamatkan perlumbaan di tempat kedua sekali gus berang sambil menyifatkan ia adalah tindakan yang tidak adil.

“Gerakan yang dilakukan Enea (Bastianini) agak kasar kerana dia menolak saya keluar dari trek dan saya tidak dapat mempertahankan kedudukan.

“Selepas insiden tersebut, saya sedikit emosi dan bertindak mengangkat tangan kerana ketika itu saya marah. Saya rasa benar-benar layak untuk memenangi perlumbaan ini tetapi tidak mengapa saya akan cuba lagi pada perlumbaan akan datang.

“Saya rasa tiada ruang untuk memintas. Apapun, tidak guna saya bercakap mengenainya kerana ia tidak akan mengubah apa-apa.

“Tetapi yang pasti saya rasa layak mendapat kemenangan itu. Jika dia nak lakukan sesuatu sekurang-kurangnya dengan cara bersih dan jangan sentuh saya,” kata Martin.

Biarpun menamatkan perlumbaan tempat kedua, Martin yang sedang memburu mahkota dunia pertamanya masih sedang mendahului kedudukan dengan 341 mata, meninggalkan pesaing utama, Francesco Bagnaia dengan kelebihan 24 mata selepas pelumba Itali itu gagal menamatkan perlumbaan tersebut. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI