fbpx

Pecah rekod belanja 30 pinggan nasi kandar pula

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang pelanggan mencipta kelainan dengan membelanjakan 30 pinggan nasi kandar lauk ayam dan sotong mengandung berharga RM450, hari ini.

GEORGE TOWN – Menjadi trend dalam kalangan penggemar makanan popular Pulau Mutiara, nasi kandar apabila masing-masing mahu mencipta rekod baharu sebagai pelanggan di Restoran Nasi Kandar Sulaiman (NKS), Jalan Dato Keramat di sini.

Hari ini, seorang lagi anak muda dipercayai dari Teluk Kumbar tidak mahu mengalah untuk menandingi rekod seorang pemuda dari Bayan Baru, Jumaat lalu.

Lelaki itu berjaya mencipta kelainan apabila membelanjakan sebanyak 30 pinggang nasi kepada pelanggan di premis sama pada harga RM450.

Menerusi Facebook restoran itu, seorang anak muda yang juga pengusaha Nasi Maqlubah telah membelanjakan 30 pinggan nasi kandar kepada pelanggan premis itu kira-kira pukul 9 pagi tadi.

“RM450, pecah rekod. Anak muda kita ini sebentar tadi belanja 30 pinggan nasi kandar kepada pelanggan yang datang ke NKS.

” Lauk nasi ayam, sotong mengandung. 30 orang dapat menikmati lauk ini.

“Beliau ini pemilik Nasi Maqlubah. Beliau meniaga ketika ada acara sahaja. Masya-Allah terbaik beliau ada hati buat rekod seperti ini dengan belanja 30 orang.

“Kita lagi suka tengok orang mai (datang) buat rekod seperti ini. Pahala pun dapat pelanggan lain pun dapat makan,” katanya di sini.

Jumaat lalu, seorang pemuda dari Pulau Pinang, Roszali Mat Esa, 38, mencipta rekod tertinggi sebagai pelanggan di restoran itu apabila menikmati hidangan signatur tersebut pada harga RM400 selama sejam.

Lelaki itu memilih hidangan nasi untuk tiga orang berharga RM4.50, 10 ekor sotong (RM80),29 ekor udang (RM232), empat ekor ikan (RM22), telur masin (RM1), telur rebus (RM1), bendi (RM1) dan dua ketul kepala ikan (RM48).

Terdahulu, seorang pemuda dari Yan Kedah telah mencatat rekod menikmati nasi kandar termahal di restoran sama pada harga RM372 dalam tempoh sejam 15 minit, 31 Ogos lalu. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI