fbpx

Op Global: Polis rampas janggut dalam premis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin bercakap pada sidang akhbar Op Global di Pulapol Kuala Lumpur di sini hari ini. FOTO: FARIZ RUSADIO / KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) merampas janggut dalam serbuan Fasa 4 Op Global di sebuah premis di Rawang, Selangor.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, rampasan tersebut kemudian dirujuk kepada Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan didapati barangan disyaki bertentangan dengan ajaran Islam.

“Kita juga ada merampas janggut di premis rumah di sekitar Rawang.

“Rampasan itu telah dirujuk kepada Jakim dan didapati barangan yang disyaki bertentangan dengan ajaran Islam dan berkait dengan ajaran Aura Muhammadiyah yang telah diharamkan pada 1986 serta Al- Arqam yang telah difatwakan sesat pada 1994,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Pusat LAtihan Polis (Pulapol) Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Menurut beliau, tindakan penyitaan turut dibuat ke atas 16 buah kenderaan bernilai RM2.07 juta, 26 ekor haiwan iaitu 9 kuda, 14 arnab dan tiga burung merak, wang tunai RM18,650 dan dua utas jam Amazfit RM600 di bawah Seksyen 45(2) AMLATFPUAA 2001 (Akta 613).

Beliau berkata, pihaknya turut terkesan beberapa komen negatif di media sosial yang mendakwa polis melakukan pengabaian terhadap haiwan yang dirampas dari premis GISBH.

“Kita menafikan tuduhan itu yang mana secara hakikatnya, satu tindakan dibuat dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menjalankan pemeriksaan dan penjagaan terhadap haiwan-haiwan yang dirampas.

“Sebelum perintah pelupusan diperoleh daripada mahkamah, PDRM adalah pihak yang bertanggungjawab menguruskan makan dan minum haiwan-haiwan yang dirampas,” ujarnya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI