fbpx

Lelaki maut motosikal ditunggang langgar lembu melintas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan lembu yang dilanggar di Kilometer 24, Jalan Ferri Hutan Melintang di Bagan Datuk semalam.

BAGAN DATUK – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya melanggar kawanan lembu yang melintas di Kilometer 24, Jalan Ferri Hutan Melintang di sini semalam.

Mangsa yang maut dalam nahas sekitar pukul 8 malam itu dikenali sebagai Mohd. Rohaizad Ahmad Zaid, 37.

Ketua Polis Daerah Bagan Datuk, Superintenden Mohammad Ali Mohd. Jali berkata, kemalangan itu melibatkan dua penunggang motosikal selain sebuah lori dan kereta.

Katanya, kejadian berlaku ketika dua penunggang motosikal itu dalam perjalanan dari arah Sabak Bernam ke Hutan Melintang manakala dua kenderaan itu pula dari arah bertentangan.

“Sampai di lokasi kejadian, motosikal mangsa gagal mengelak kehadiran lima lembu yang melintas secara tiba-tiba dari laluan kanan ke kiri jalan.

“Kejadian itu menyebabkan pelanggaran di mana mangsa parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang lagi penunggang motosikal berusia 38 tahun cedera ringan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, dalam kejadian itu, kedua-dua pemandu berusia 29 dan 44 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI