fbpx

Lelaki kurang siuman maut dilanggar ketika lintas jalan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki dipercayai kurang siuman maut selepas dilanggar ketika cuba melintas jalan di Batu 9 Jalan Apas, Tawau pada Sabtu lalu. -Foto oleh hsan Pembaca.

TAWAU – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman maut selepas dilanggar ketika cuba melintas jalan di Batu 9 Jalan Apas pada Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu pada pukul 10.15 malam.

“Siasatan awal di tempat kejadian mendapati kemalangan itu membabitkan sebuah kereta dipandu lelaki berusia 28 tahun telah melanggar seorang pejalan kaki yang cuba melintas jalan.

“Kejadian berlaku ketika pemandu terbabit menuruni bukit menuju ke bandar Tawau di jalan selekoh dan gelap, tiba-tiba seorang lelaki melintas dari arah bahu jalan sebelah kiri.

“Pemandu tidak sempat mengelak dan melanggar pejalan kaki terbabit yang menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya dalam kenyataan media hari ini.

Menurutnya, mangsa yang disyaki seorang gelandangan dan kurang siuman itu disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan di lokasi kejadian.

Jasmin meminta orang ramai atau individu yang mempunyai maklumat mengenai mangsa diminta tampil memberikan keterangan bagi membantu siasatan.

“Polis masih menjalankan siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.  – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI