fbpx

KPK kemuka mekanisme kadar cukai durian runtuh sawit kepada MOF

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Johari berucap pada Majlis Anugerah Industri Sawit Malaysia 2023/2024 di Hotel Marriot Putrajaya di sini, hari ini.- Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) sudah mengemukakan cadangan mekanisme baharu kadar cukai durian runtuh atau ‘windfall tax’ bagi perniagaan kelapa sawit kepada Kementerian Kewangan untuk dipertimbangkan.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, beliau sudah mengemukakan mekanisme cukai itu kepada MOF dua minggu lalu.

Beliau berkata, cadangan kadar cukai itu dikemukakan susulan permintaan daripada pemain industri kelapa sawit di negara ini.

“Isu ini bukan baharu malah, ia telah di bawa kepada saya sejak saya mula memimpin kementerian ini sekitar tujuh bulan lalu.

“Mereka (pemain industri) menyifatkan kadar cukai sedia ada tidak bersesuaian memandangkan kos pengeluaran yang sudah meningkat.

“Dahulu kalau nak keluarkan satu tan, kena kos dalam RM1,800 kini lebih kurang RM2,800 hingga RM3,000 bagi satu tan,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Anugerah Industri Sawit Malaysia (AISM) 2023/2024 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI