fbpx

Kontraktor maut, motosikal dirempuh lori dipandu lelaki positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lokasi kejadian sebuah lori merempuh tiga buah motosikal dan sebuah trak pikap di persimpangan lampu isyarat Limbat, Kota Bharu hari ini. FOTO IHSAN POLIS

KOTA BHARU – Seorang kontraktor maut selepas motosikal yang dia tunggang dirempuh sebuah lori semasa sedang menunggu di persimpangan lampu isyarat Limbat, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Farhan Harith Che Fauzi, 30, yang menunggang motosikal jenis Modenas Kriss meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, siasatan awal mendapati, seorang lelaki berusia dalam lingkungan awal 50-an memandu sebuah lori jenis Nissan dari arah Peringat menghala Pasir Tumboh.

Menurutnya, semasa tiba di lokasi kejadian, lori tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum merempuh tiga buah motosikal dan sebuah trak pikap.

“Rempuhan itu menyebabkan Farhan Harith mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala dan badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian di sini untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd. Rosdi memberitahu, siasatan lanjut mendapati, pemandu lori tersebut disahkan positif dadah jenis methamphetamine.

Beliau berkata, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Nurul Izzati Mohammad Rosli di talian 09-775 2315.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI