RICHMOND, Virginia – Sepasang kembar seiras perempuan yang berkahwin dengan kembar seiras lelaki mendedahkan bahawa mereka berjodoh sejak dari awal lagi, lapor akhbar Metro.UK. semalam.
Brittany dan Briana berkenalan dan jatuh cinta dengan pasangan kembar, Josh serta Jeremy Salyers sebelum berkahwin pada Ogos 2018.
Keempat-empat mereka kini tinggal serumah di negeri Virginia selepas menyambut kehadiran bayi masing-masing pada 2021.
Keluarga tersebut berkongsi tentang kehidupan mereka di laman Instagram dan mempunyai seramai 322,000 pengikut.
Dalam satu hantaran baru-baru ini, Dua pasangan kembar itu menyatakan bahawa mereka berjodoh sejak dari bayi lagi dan ia adalah semula jadi.
“Briana dan Jeremy masing-masing kembar abang serta kakak. Mereka jatuh cinta dan berkahwin.
“Brittany dan Josh masing-masing kembar adik. Mereka jatuh cinta dan berkahwin juga,” demikian menurut hantaran tersebut. – AGENSI