fbpx

iSETAN KLCC letak rokok di tempat ‘non-halal-

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengguna media sosial memuat naik gambar memaparkan rokok-rokok dijual di bahagian tidak halal di iSETAN.

PETALING JAYA – Tindakan pusat beli-belah iSETAN KLCC meletakkan rokok di bahagian tidak halal menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

Perkara itu mendapat perhatian ramai apabila dikongsi oleh seorang pengguna di aplikasi X dalam satu hantaran baru-baru ini.

Tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata pengguna menyokong tindakan tersebut meskipun cadangan meletakkan rokok di seksyen tidak halal kerana pernah difatwakan haram masih di dalam perbincangaan kerajaan.

Seorang pengguna dikenali sebagai Amrie berkata, tindakan pusat beli-belah tersebut menunjukkan perkara itu boleh dilakukan dan patut diikuti oleh peniaga lain.

“Bukti perkara ini boleh dilaksanakan walaupun ramai perokok yang membangkang cadangan ini. Jadi, sudah tiba peniaga lain pula ikut,” katanya.

Selain itu, seorang lagi pengguna, Bayyinah berkata, semoga dengan langkah menempatkan rokok di seksyen tidak halal, tabiat tidak sihat itu dapat dihentikan.

“Ini terbaik, memang haram pun. Logiklah di situ tempatnya, semoga terkesan di hati bahawa rokok adalah haram,” katanya.

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar memaklumkan cadangan untuk meletakkan rokok di seksyen tidak halal susulan barang itu pernah difatwakan haram sejak 1995 akan dibincangkan.

Beliau berkata, pihaknya akan berbincang bersama Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali mengenai perkara itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI