fbpx

Hanya prospek pingat ke Sukan SEA Thailand

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANIQ antara nama yang mampu untuk menuai pingat emas pada Sukan SEA Thailand tahun depan.

PERSEKUTUAN Angkat Berat Malaysia (PABM) hanya menurunkan atlet yang mempunyai peluang untuk menuai pingat akan menyarung jersi negara pada temasya Sukan SEA Thailand tahun depan.

Presiden PABM, Datuk Ayub Rahmat berkata, pihaknya tiada masa untuk ‘cuba-cuba’ menurunkan atlet baharu kerana fokus terarah kepada atlet kebangsaan bagi menjelmakan kilauan emas, bukannya masa menggilap lagi.

Tegasnya, tugas menggilap bakat adalah di peringkat negeri dan jika atlet tersebut menepati tanda aras yang ditetapkan, mereka akan diserap untuk bertanding pada Sukan SEA, Komanwel dan Asia.

“Untuk Sukan SEA Thailand kita masih mempunyai masa kerana temasya tersebut berlangsung hujung tahun depan (9 hingga 20 Disember 2025).

“PABM tetap mempunyai perancangan kerana Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak baru berakhir dan atlet kebangsaan juga cemerlang di Fiji. Jadi, kita sedang menganalisis untuk membuat pilihan terbaik.

“Untuk meraih emas di sana (Thailand), buat masa ini atlet terbaik yang mampu menampilkan aksi cemerlang dan menuai pingat ialah Aniq Kasdan, Erry Hidayat mahupun Aznil Bidin kerana kita ada tanda aras angkatan yang kita tetapkan.

“Bila sertai skuad kebangsaan, ini adalah masa bertempur bukan masa untuk menggilap. Tugas menggilap biarlah negeri uruskan di Sukma dan sebagainya. Yang terbaik kita serap dalam skuad kebangsaan sama ada program podium mahupun pelapis.

“Masa terlalu suntuk sekiranya kita bermula dari bawah semula. Oleh itu, kita hanya bawa atlet terbaik ke Thailand. Apapun, perkara ini akan dibentangkan mesyuarat exco sebelum diputuskan tidak lama lagi nanti,” katanya.

Sukan angkat berat disenaraikan semula bersama tenpin boling, wushu, karate, jujitsu dan kabaddi pada Sukan SEA Thailand tahun depan.

14 acara angkat berat turut disahkan dipertandingkan pada edisi ke-33 kali ini meliputi tujuh acara iaitu ketegori wanita, 45 kilogram (kg), 49kg, 55kg, 59kg, 64kg, 71kg dan atas 71kg, manakala baki tujuh untuk kategori lelaki iaitu 55kg, 61kg, 67kg, 73kg, 81kg, 96kg dan atas 96kg.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI