fbpx

Haaland cipta rekod sehebat Cristiano Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HAALAND

MANCHESTER – Penyerang prolifik Manchester City, Erling Haaland terus mencipta sejarah baharu dengan kali ini menyamai rekod Eropah dipegang Cristiano Ronaldo sebagai penjaring terpantas meledak 100 gol.

Haaland mengukir pencapaian hebat itu ketika membuka tirai jaringan buat City sewaktu seri 2-2 dengan Arsenal pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Etihad semalam.

Bintang Norway itu kini mengumpul 100 gol dengan 73 daripada jumlah tersebut hadir menerusi saingan EPL dalam 105 perlawanan bersama City sejak berhijrah daripada Borussia Dortmund pada Jun 2022.

Menariknya, Haaland telah meledak 10 gol dalam lima aksi EPL musim ini sekali gus memecahkan rekodnya yang dipegang bersama bekas penyerang Coventry City, Mick Quinn apabila masing-masing melakukannya dalam enam perlawanan.

Bagaimanapun, kecemerlangan Haaland gagal membantu City untuk menewaskan Arsenal dalam aksi itu yang mana juara bertahan berkenaan turut kehilangan khidmat pemain tengah berpengaruh, Rodri kerana masalah kecederaan.

Rodri terpaksa dikeluarkan pada awal separuh masa pertama selepas berlanggar dengan pemain tengah Arsenal, Thomas Partey.

“Dia (Rodri) seorang pemain tengah bertahan yang berpotensi memenangi Ballon d’Or. Jadi kami hilang seorang pemain hebat untuk aksi ini. Saya tak pasti lagi kerana belum berjumpa dengan doktor,” kata pengurus City, Pep Guardiola.

Dalam perkembangan sama, dua bintang City, Bernardo Silva dan John Stones menghentam corak permainan negatif Arsenal yang sanggup berkampung 10 pemain dalam kotak penalti semata-mata untuk meraih satu mata. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN