fbpx

GISBH: Prihatin ahli lari tanpa hala tuju, polis nasihat tampil bantu siasatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razarudin (tiga kanan) melihat antara recopy rampasan pada sidang akhbar Op Global di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (Pulapol) hari ini. Foto oleh FARIZ RUSADIO/ KOSMO!

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) yang melarikan diri tanpa arah tuju dan tidak mempunyai tempat tinggal agar tampil membantu siasatan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, dalam hal ini, dengan berteraskan ihsan dalam Rukun Madani Kerajaan Malaysia yang cukup sinonim dengan kepedulian dan belas kasihan, pihaknya amat prihatin terhadap ahli-ahli GISBH yang bertindak sedemikian.

Beliau menasihatkan dan menyeru mereka membantu siasatan agar kerajaan Malaysia dapat memberikan bantuan yang sewajarnya dalam pelbagai bentuk temasuk kebajikan dan sokongan psikologi.

“Selain itu, mana-mana individu yang pernah menjadi mangsa atau mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk tampil membuat laporan bagi sekian kalinya di mana mana balai polis berhampiran untuk kita melengkapkan siasatan terhadap kes ini secara tuntas dan menyeluruh.

“Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi hingga boleh mengganggu siasatan yang sedang dijalankan di mana-mana platform media sosial,” katanya pada sidang akhbar di Pulapol Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu Kosmo! melaporkan sebanyak 280 premis berkait GISBH diserbu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Fasa 4 OP Global yang bermula pada 21 September lalu. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI