fbpx

GISBH dipercayai masih amal ajaran Abuya – KPN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara buku-buku yang diharamkan.

KUALA LUMPUR – Siasatan terkini Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan kes GISB Holdings sdn Bhd (GISBH) mendapati, ahli-ahlinya masih mengamalkan ajaran Aurad Muhammadiyah yang diharamkan pada 1994.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, ini berikutan hasil penemuan buku-buku dan risalah berkaitan tarekat itu melalui serbuan dijalankan di premis GISBH menerusi Operasi Fasa 4 Op Global yang bermula 21 September lalu.

Menurut Razarudin, pihaknya percaya, daripada risikan dan keterangan yang diperoleh, pengikut GISBH ini masih mengamalkan tarekat Aurad Muhammadiyah kerana terdapat buku Abuya serta nota zikir yang dirampas dalam serbuan terbabit.

“Terdapat barangan disyaki bertentangan Islam dan berkaitan Aurad Muhammadiyah yang mana tarekat ini dimulakan Al-Arqam yang difatwakan sesat pada 1994.

“Bagaimanapun, saya tidak boleh mengulas lanjut berkaitan perkara ini kerana di bawah bidang kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (Muzakarah MKI),” katanya pada sidang akhbar khas di Pusat Latihan Polis (Pulapol), di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI