fbpx

F1: Pemandu Mercedes dalam radar Red Bull

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
RUSSELL disebut-sebut bakal menjadi pelumba Red Bull pada saingan musim depan. - AFP

SINGAPURA – Prinsipal Red Bull, Christian Horner sekali lagi menjadi tumpuan di Grand Prix (GP) Singapura terutamanya mengenai masa depan barisan pemandu mereka selepas George Russell dari Mercedes disebut-sebut sebagai calon tahun depan.

Selain Russell, Red Bull juga dikatakan sedang melakukan penilaian sama ada untuk menggantikan Daniel Ricciardo dengan pemandu simpanan, Liam Lawson untuk slot terakhir di pasukan RB F1 Team atau dikenali sebagai AlphaTauri.

Spekulasi turut memuncak bahawa perubahan pemandu baharu RB F1 Team mungkin berlaku seawal GP Amerika Syarikat bulan depan dengan Ricciardo berkemungkinan berlumba buat kali terakhir di Singapura.

Horner juga menyatakan bahawa Red Bull akan menggunakan tempoh rehat tiga minggu sebelum GP Amerika Syarikat untuk mempertimbangkan segala pilihan bagi baki perlumbaan musim ini.

Red Bull masih menilai kemampuan Lawson selepas mencuri perhatian ketika mewakili pasukan satelit musim lalu untuk menggantikan Ricciardo yang mengalami kecederaan sebelum ini.

“Perkara ini sentiasa dalam kajian dan penilaian akan dibuat, malah saya yakin gambaran yang lebih jelas. Kami sedang melihat semua pilihan yang ada untuk perancangan masa depan,” kata Horner.

Mengenai Sergio Perez, Horner turut menjelaskan pelumbanya itu gagal memberikan persembahan terbaik berbanding musim lalu dengan menduduki tempat kedua keseluruhan.

“Kami telah memberikan peluang kepada ramai pemandu muda selama ini. Red Bull sentiasa menuntut prestasi dan keputusan terbaik. Max (Verstappen) sedang menunjukkan prestasi yang hebat, tetapi Checo (Sergio Perez) tidak memenuhi jangkaan tahun ini.

“Tahun lalu, dia berjaya menamatkan musim di tempat kedua dalam kejuaraan pemandu dan membantu kami memenangi kejuaraan pengeluar. Ketika ini, kami sedang menilai segala kemungkinan.

“George Russell akan tamat kontrak pada penghujung tahun depan. Rugi jika kami tidak mengambil kira perkara ini. Ada beberapa pemandu lain yang berbakat yang juga mungkin tamat kontrak,” tambah Horner. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI