fbpx

EPL: Chelsea layak jadi pencabar utama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JACKSON (tengah) meraikan gol pertamanya bersama rakan sepasukan ketika menewaskan West Ham malam kelmarin. - AFP

LONDON – Chelsea meneruskan rentak cemerlang dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas mencatat kemenangan selesa 3-0 ke atas West Ham United pada perlawanan yang berlangsung di Stadium London malam kelmarin.

Dua gol menerusi penyerang, Nicolas Jackson selain satu jaringan Cole Palmer memastikan The Blues membawa pulang tiga mata penting sekali gus permulaan cukup baik di bawah kendalian Enzo Maresca.

Maresca berkata, beliau gembira dengan aksi ditampilkan anak-anak buahnya pada perlawanan itu, terutamanya barisan pemain menunjukkan sikap terbuka untuk menerima falsafah bola sepak yang diterapkan.

“Satu persembahan yang cukup sempurna pada perlawanan hari ini (kelmarin) dan kami gembira untuk pulang dengan tiga mata. Pujian juga kepada pemain kerana dapat menerima gaya permainan mengikut cara saya.

“Pemain-pemain juga menjalankan tanggungjawab dengan cukup baik ketika bertahan, ini termasuk jentera serangan seperti Nicolas (Jackson) dan Cole (Palmer). Kami sedang membina sesuatu yang cukup penting,” katanya.

Biarpun memulakan saingan musim ini dengan cukup cemerlang, namun bekas pengendali Leicester City itu menegaskan, masih banyak perlu dilakukan untuk kembali menjadi pasukan digeruni.

“Kutipan mata dan prestasi pasukan memang sangat penting kepada pasukan tetapi objektif kami musim ini adalah untuk melihat bagaimana pasukan ini berkembang. Masih banyak yang perlu kami lakukan,” ujar Maresca. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI