fbpx

Buruh Rohingya noda remaja hingga hamil dijel 24 tahun, 4 sebatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa Mohd. Rashid (kiri) untuk didakwa atas dua pertuduhan merogol seorang remaja di Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. -Foto oleh ROSALWANI CHE SOH

KOTA BHARU – Seorang buruh etnik Rohingya dihukum penjara 24 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan merogol seorang remaja tingkatan empat hingga hamil pada November dan April lalu.

Tertuduh, Mohd. Rashid Sidiq, 30, membuat pengakuan itu selepas kedua-dua pertuduhan terhadapnya dibacakan oleh jurubahasa menggunakan bahasa Myanmar di hadapan Hakim Zulkifli Abllah.

Mengikut kedua-dua pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol seorang remaja perempuan yang ketika kejadian berusia 16 tahun 2 bulan.

Perbuatan itu dilakukan di dalam bilik tidur di sebuah rumah di Jalan Gunong, Bachok dekat sini kira-kira pukul 8 malam pada November 2023 dan pukul 8 malam pada April lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Faiz Fitri Mohamad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI