fbpx

‘Bayar hutang PTPTN RM50 sebulan pun cukup’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – “Jangan malas sangat bayar hutang PTPTN RM50 sebulan pun cukup. Kesian pada peminjam baharu. Hutang tetap hutang, jangan culas. Beli (kereta) Honda boleh, bayar PTPTN tak boleh.”

Itu antara reaksi netizen selepas Kementerian Pendidikan Tinggi mendedahkan kira-kira 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menamatkan pengajian tidak pernah membayar pinjaman berjumlah RM6 bilion.

Menterinya, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir berkata, ada antara mereka yang menamatkan pengajian sejak puluhan tahun lalu, tetapi tidak pernah membayar semula pinjaman dan jumlah tersebut sentiasa meningkat saban tahun.

Seorang pengguna Facebook, Azri Yahya berkata, adalah menjadi tanggungjawab peminjam untuk melunaskan hutang pinjaman kerana banyak kesan buruk akan berlaku sekiranya mereka terus mendiamkan diri.

“Kalau dah kerja bergaji besar, masih diam-diam lari bayar hutang PTPTN, standby (berjaga-jaga) banyak masalah akan menanti kemudian hari. Siap kena senarai hitam daripada buat mana-mana pinjaman bank,” katanya.

Sementara itu, Fida Aziz pula mengingatkan peminjam agar tidak bermewah selagi mana hutang masih di keliling pinggang.

Dia mencadangkan peminjam supaya mengutamakan hutang PTPTN dan hidup secara sederhana.

“Sikap…hutang tetap hutang. Alhamdulillah selepas tamat pengajian walau dapat kerja kilang sudah mula bayar PTPTN walau RM50. Sikit-sikit dah selesai, pakai motor (motosikal) sahaja pergi kerja,” jelasnya.

“Bayar sebulan RM50 pun boleh, janji bayar. Hutang kalau bayar, lama-lama akan berkurangan, bayar ikut kemampuan, bukan lari daripada tanggungjawab. Banyak tau sampai RM6 bilion hutang terkumpul,” kata Aisyah.

“Saya tiap-tiap bulan bayar lebih daripada yang ditetapkan sebab nak habiskan hutang cepat. Rasa terbeban bahu bila fikir. Risau tak sempat sebelum ajal, kesian pada waris nak selesaikan,” kongsi Siti Nadhirah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI