fbpx

Banjir Kedah: Jumlah mangsa di tiga daerah menurun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota Balai Bomba dan Penyelamat Pendang meninjau kawasan rumah di Kampung Alor Ali yang masih digenangi air, semalam. Foto oleh SHAHIR NOORDIN

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di Kedah menurun sedikit kepada 8,007 orang daripada 2,591 keluarga sehingga pukul 8.30 pagi ini.

Pada petang semalam, jumlah mangsa banjir dicatatkan seramai 8,375 orang daripada 2,705 keluarga.

Mengikut data Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), mangsa banjir menurun di tiga daerah iaitu Kubang Pasu daripada 922 kepada 671 orang, Pokok Sena daripada 509 kepada 225 orang dan Bandar Baharu daripada 147 orang kepada 119 orang.

Sementara mangsa banjir di dua lagi daerah iaitu Kota Setar dan Pendang terus mencatatkan peningkatan.

Kota Setar merekodkan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 5,388 orang berbanding 5,216 orang dan Pendang seramai 1,604 orang berbanding 1,581.

Data terkini juga menunjukkan hanya satu sungai berada pada paras bahaya iaitu Sungai Anak Bukit di Jambatan TAR, di sini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI