fbpx

Baju hampir sama, yang lama dah koyak – Wan Azizah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar yang dimuat naik Wan Azizah di Instagramnya malam tadi.

PETALING JAYA – Isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akhirnya menjawab persoalan orang ramai mengenai baju yang dipakainya pada Himpunan Keadilan: Suara Rakyat, Suara Keramat, Jumaat lalu.

Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail menerusi hantaran di Instagramnya malam tadi memuat naik dua keping gambar pada tahun 1998 dan 2024.

Kedua-dua gambar itu menunjukkan Wan Azizah berdiri sambil melihat Anwar berucap dengan mengenakan baju kurung berona hijau bersama tudung merah jambu.

“Baju hampir sama (yang lama dah koyak),” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.

Perbandingan dua gambar itu sebelum ini ditularkan warga media sosial kerana dianggap kebetulan yang amat bermakna.

“Kebetulan yang amat bermakna, Kak Wan pakai baju yang sama seperti 26 tahun lalu,” kata Ahmad.

“Alhamdulillah Kak Wan. Perjuangan reformasi Kak Wan berjaya akhirnya setelah 26 tahun berjuang secara habis-habisan,” komen Ijam.

“Memang ingat baju yang sama. Rupanya baju lain-lain. Saya masa itu baru (berusia) lima tahun. Semoga Kak Wan diberikan kesihatan berpanjangan,” tulis Aqil pula.

Pada 2 September 1998, Anwar yang merupakan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Timbalan Presiden UMNO dipecat oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dr. Mahathir Mohamad.

Pemecatan itu mencetuskan pergerakan Reformasi pada 20 September 1998.

Ribuan rakyat memenuhi jalan raya di ibu negara bagi membuat bantahan kekejaman terhadap Anwar, ratusan orang telah ditangkap dan dimasukkan ke dalam penjara.

Himpunan Keadilan: Suara Rakyat Suara Keramat dengan tema ‘Dari Reformasi ke Malaysia Madani’ pada Jumaat lalu dianjurkan bagi memperingati detik bermulanya gerakan reformasi kira-kira 26 tahun lepas.

Antara pengisian perhimpunan itu adalah penceritaan sejarah gerakan reformasi, bacaan sajak, teater ringkas dan ucapan pemimpin-pemimpin reformasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI