fbpx

Air empangan Teluk Bahang, Air Itam meningkat tapi belum ‘selamat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Paras terkini empangan Teluk Bahang yang mencecah 31.3 peratus, hari ini.

GEORGE TOWN – Kapasiti efektif empangan Air Itam dan empangan Teluk Bahang telah menunjukkan peningkatan susulan hujan lebat sejak awal bulan ini namun belum mencapai tahap yang lebih selamat.

Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), Datuk Ir. K. Pathmanathan berkata, setakat hari ini paras empangan Air Itam mencapai 58.3 peratus manakala empangan Teluk Bahang pula 31.3 peratus.

“Bagaimanapun rizab dua empangan iaitu empangan Teluk Bahang dan empangan Air Itam mesti mencapai paras yang jauh lebih tinggi sebelum musim kemarau akan datang.

“Kami tidak dapat meramalkan dengan tepat jumlah hujan yang akan turun di dua empangan ini dalam tempoh tiga bulan akan datang.

“Sehubungan itu, PBAPP juga ingin mengingatkan semua pengguna air di Pulau Pinang agar menggunakan air dengan berhemat walaupun hujan,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Pathmananthan berkata, sejak Februari 2024, PBAPP telah melaksanakan Pelan Tindakan Empangan Air Itam 2024 (AIDAP 2024) untuk mempertahankan rizab airnya.

“Di bawah AIDAP 2024, PBAPP telah mengepam sehingga 33 juta liter sehari (JLH) air terawat dari Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua ke kawasan perkhidmatan Empangan Air Itam.

“Pelan ini meminimumkan pengeluaran harian dari empangan ini dan memudahkan pengisian semula yang lebih cepat,” katanya.

Tambahnya, satu daripada misi utama PBAPP kini adalah untuk membolehkan pengisian semula empangan Air Itam dan Empangan Teluk Bahang secara optimum dari September hingga Disember tahun ini.

“Ini sebagai persediaan menghadapi musim kemarau seterusnya di Pulau Pinang yang dijangka bermula dari bulan Januari 2025.

“Bergantung pada jumlah hujan dan penggunaan air, adalah munasabah untuk kapasiti efektif Empangan Air Itam meningkat daripada 58.3 peratus hari ini kepada 85 peratus atau lebih menjelang Disember 2024,” katanya.

Patmanathan menjelaskan, ia akan mengambil sejumlah besar hujan untuk kapasiti efektif Empangan Teluk Bahang meningkat daripada 31.3 peratus hari ini kepada 80 peratus atau lebih menjelang Disember 2024.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI